Kerana syarikat kami mendapati ada sebilangan bekas pekerja yang mengambil kesempatan menukar alat gantian terpakai untuk penyelengaraan penapis anda, walaupun mereka telah berhenti bekerja tetapi mereka masih beroperasi menggunakkan nama syarikat untuk sebarang urusniaga dengan pelanggan kami.
Untuk memastikan anda mendapat alat ganti yang baru dan bukannya terpakai sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pastikan orang yang datang ke rumah anda adalah wakil yang sah dari syarikat kami
2. Pastikan alat gantian penapis KF Alkaline Energy Water System adalah yang baru bukannya terpakai
3. Pastikan resit pembayaran adalah resit rasmi nama syarikat bukannya resit yang dibeli dari kedai.
4. Minta kad kebenaran dari mereka untuk memastikan orang tersebut masih bekerja di dalam syarikat.
Jika ada sebarang kemuskilan sila berhubung terlebih dahulu di pejabat kami sebelum menukar sebarang alat gantian untuk memastikan samada orang yang datang ke rumah anda adalah wakil yang sah dari syarikat kami. Terima kasih
Untuk menghubungi kami sila: KLIK DISINI